Thursday, October 13, 2011

Majlis Menandatangani MoU R&D Teknologi Thermal Imaging

14 Oktober 2011

Titan thermal imaging (imaage : Titan Camera)

KUALA LUMPUR, - Kementerian Pertahanan Malaysia dan Titan Thermal Solutions Sdn. Bhd., menandatangani perjanjian kerjasama R&D untuk mendalami teknologi thermal imaging. Kerjasama ini adalah satu permulaan untuk membuka pintu kepada penglibatan negara dalam Industri Pengimejan Terma. Ini juga antara satu usaha Kerajaan untuk meningkatkan R&D di dalam negara dan membangunkan daya inovasi di antara generasi muda.

Pengunaan teknologi pengimejan terma dan kamera terma adalah sangat luas dan bertujuan memberi penglihatan dalam situasi penglihatan biasa manusia terjejas seperti keadaan berkabus, gelap dan berasap. Teknologi pengimejan terma membolehkan penglihatan lebih jelas kerana ia tidak bergantung kepada cahaya, tetapi hanya kepada haba dan perbezaan di persekitaran. Kerjasama antara Titan Thermal Solutions dan Kerajaan Malaysia melalui STRIDE akan membantu menggabungkan kepakaran dan keupayaan masing-masing untuk membawa teknologi tinggi dan innovasi dalam industri pengimejan terma negara. Ini adalah satu titik permulaan untuk meningkatkan potensi intelektual negara melalui kerjasama kerajaan dan swasta dalam industri ini.

Majlis berlangsung di Bilik Teratai, Tingkat 5, Wisma Pertahanan yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Dr. Abd Latiff Bin Ahmad sebagai wakil Kerajaan Malaysia disaksikan oleh Ketua Setiausaha Pertahanan, YBhg Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera. Turut hadir adalah Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Kementerian serta wakil syarikat yang terlibat.


(Malaysian MoD)

No comments:

Post a Comment